Saturday 10 March 2018

Cara Menyemai Benih Bidara

Cara Menyemai Benih Bidara

Assalamualaikum..

Kali ni saya nak berkongsi  cara-cara menyemai benih bidara.  Sebelum ni saya pernah membuat percubaan menyemai benih bidara tapi tak tumbuh-tumbuh,

Rupanya cara saya silap,. sebenarnya benih bidara perlu diambil dari dalam cengkerang biji benihnya dengan cara mengetuk dulu perlahan-lahan cengkerang sampai pecah dan di dalamnya terdapat biji benih. Benih tersebut yg perlu kita semai.

Di sini saya kongsikan:

1. Pecahkan perlahan-lahan cengkerang keras benihnya dan ambil biji benihnya.



2. Rendam biji benih tersebut di dalam air selama satu malam.

3. Cari bekas plastik..basahkan tisu dan letak didalamnya bersama-sama benih bidara tadi. Lihat gambar dibawah. tutup dan simpan sehingga biji benih tadi mula bercambah.


4. Bila dah bercambah,cari bekas plastik.. macam saya guna gelas plastik terpakai hasil beli air balang  , isikan tanah yg sesuai , buat lubang sikit pada tanah dan letak benih .tutupkan sikit benih tu ala kadar..

5. Ini hasilnya selepas 7 hari. Lihat gambar dibawah


Selamat bercucuk tanam. Semoga 3 tahun lagi kita dapat merasa hasilnya..

No comments:

Post a Comment